Most of the Malaysia money making guru’s or learner of money making sessions do know Irfan Khairi. During he’s mid 20’s he managed to earn his 1st million after 3 years of sleepless nights.
Here the "Bahasa Malaysia", interview session with Irfan Khairi and his millionaire story.
Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar
sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan
tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang
disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS,
jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja
setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski
dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat
kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar
jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal
30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut
Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar
jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut
ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan
sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur,
tetapi juga medan untuk ‘membuat duit’.**********************
Bukan ‘membuat duit’ seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau
pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama
seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan.
Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih
menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka
bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka
bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku
dan peta Malaysia.“Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan
Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja,” kata
Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara,
Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai
perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah
melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi
perniagaan Internet.“Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara
ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan
datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat,
Jepun dan Australia,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh
dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan
hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia
sesenang yang disangka?Irfan menegaskan: “Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan
goyang kaki sahaja.”Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin
sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya,
dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya
bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan
grafik dan sebagainya.**********************
“Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat
tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan
memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan
menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.“Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas
sehari.”Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi
perniagaan Internet pada masa ini.“Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika
perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu,
pengguna Internet hanya 500 juta orang.“Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu
perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat
pengusahanya.“Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin
sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam
talian,” katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan
Internet.Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi
bekerja di rumah dan kos yang rendah.“Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa
tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet
anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman
web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan
Internet, telefon dan elektrik.“Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa
dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji,” kata lelaki yang
sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan,
dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak
mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah
seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.“Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu
membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk
mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita
mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.**********************
Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang
mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam
dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur
18 tahun lagi.Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia
remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill
adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan
oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti
pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya
sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan
pengajian multimedia di Britain.“Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar
mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk
membuat duit,” katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan
ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan
televisyen.“Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74
peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan
Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.“Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak
tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka
dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk
kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer,”
ujarnya.
Well nothing is impossible, never give up. Got your first RM500,000 ? what is your secret to it share it here.
If you like this blog please take a second and subscribe to my rss feed
Tags: Make Money Online, millionaire, motivation, part-time
Comments: No comments, be the first to comment
All the fields that are marked with REQ must be filled
Leave a reply